POTPET-POTPET!
will update!
miss farah: light cheese cake
0
Komen

light cheese cake



Assalamualaikum...

anda2 penah buat cheese cake tak?if penah,wow bagus nya.farah tak penah pun.ala,aidilfitri hari tu,penah la terpikir nak buat,but ingredients pulak not complete,tak cukup.ari tu yang jadi problem,tak jumpa cream cheese,so kuburkan(korek tanah,gali dalam2 then campak niat nak buat light cheese cake kat dalam lubang and terus kambos,dah gali2 balik until now).now pun chek takdak masa nak gali balik niat chek yang chek dah kuburkan tu.kikiki..bagi yang belom penah buat and teringan nak buat,nak tau resepi nya??20sen.kikikiki,ok.fine.now farah bagi resepi nya.


Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

cara2 die:
1. Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan.Biar cair..kacau selalu ye supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang.. tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api..ketepikan jap,jangan buang lak..

2. Sediakan 2 bekas,satu bekas besar sedikit dan yang satu tu sederhana laa seperti dalam gambar.. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak ye. Seperti biasa,hasil terbaik adalah menggunakan telur yang segar..telur yang segar bukan sahaja menghasilkan kek yang sedap dan tidak berbau telur tapi meringue juga kejap je dihasilkan berbanding telur yang sudah lama.

3. Sekarang ambil bekas berisi putih telur,kita buat meringue dahulu..

4. Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan. Adalah penting untuk meringue korang benar2 ringan untuk hasilkan kek yang ringan.

5. Meringue yang sudah siap. Mangkuk/bekas cuba diterbalikkan tetapi adunan tidak tumpah sebab ia sudah benar2 kental.Sekarang ambil bekas berisi kuning telur dan pukul seketika.Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..

7. *PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini

8. Tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi.Kacau seketika. Ayak tepung sedikit demi sedikit,(ayak separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand whisk sehingga benar2 sebati.

9. Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan. Akhir sekali, Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk satu arah pusingan dengan perlahan..Ingat ya,kacau dengan perlahan sahaja..

10. Setelah agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan, gunakan senduk untuk kaup balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati.

11. Sediakan loyang untuk membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa griskan rata dengan marjerin/mentega lepas tu tabur tepung dan ratakan seperti di atas..lebihan tepung tu buang laa ek..atau boleh je recycle..sebab masih elok tu.. Selepas itu boleh lah tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah bergris ini..

12. Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.
Tuangkan air panas ke dalam loyang di bawah tu sehingga loyang berisi adunan hampir atau terapung sedikit(tak cecah loyang bawah dah)kira2,separuh loyang bawah tu berisi air panas..kalau tak terapung pun takpe..

13. Sebelum dibakar,boleh la taburkan almond nibs atau almond flakes,grated cheddar cheese atau apa2 bahan yang sesuai ikut selera.. atau biarkan kosong sahaja..

~dah siap~

credit to: k.sue(http://sue-hasue.blogspot.com)
Dah Abis Baca Ye?TQ.Kalo Berkenan,Boleh Tkn LIKE

0 000' sedang bergosip:

copyright © fara afs